Anda mempunyai tanah sebagai tapak untuk membina rumah banglo? Ramai yang tidak tahu cara bina rumah atas tanah sendiri.
Make sure to subscribe - (Tekan link di bawah)
/ @ibusyurga9739
Disini saya cuba kongsikan secara terperinci apa langkah-langkah yang perlu diambil oleh setiap bakal pemilik rumah yang ingin membina diatas tanah sendiri.
Dari mencari lokasi tanah yang sesuai, mengupah arkitek untuk melukis pelan rumah, mencari pembiayaan bank, melantik peguam & kontraktor rumah, hinggalah kepada rumah siap untuk didiami.
Langkah pertama: Tetapkan pendirian, ingin bina atau beli
1. Disyorkan bagi membina rumah sendiri, jadikan ia sebagai rumah kedua.
2. Beli dahulu rumah pertama ikut pada kemampuan tanpa membebankan kewangan kita di lokasi yang menarik dan boleh dijual atau disewakan pada kadar yang lebih tinggi dari bayaran kita di bank.
Langkah kedua: Tetapkan bajet dan lokasi ingin dibina
1. Setelah kita yakin ingin membina rumah diatas tanah sendiri. Tetapkan bajet kita. Bajet bagi tanah dan juga bagi rumah. Semak dengan pihak bank berapa jumlah maksimum pinjaman yang boleh kita buat jika kita ingin membuat pinjaman.
2. Bank hanya memberi 90% pinjaman sahaja & rumah ketiga, hanya 80% sahaja pinjaman. Perlu ada tunai.
3. Sediakan tunai 15% ke 20% dari jumlah harga binaan rumah. Jika kos rumah RM 500k, siapkan RM 75k.
4. Pengeluaran KWSP hanya boleh dikeluarkan setelah kerja binaan telah berjalan dan kontrak telah ditandatangan beserta kelulusan binaan dari PBT. Kita perlukan wang tunai untuk kos melukis pelan dan permohonan kelulusan di PBT dan juga kos guaman, jadi jangan harapkan pada akaun 2 KWSP bagi kos-kos ini.
5. Elakkan rumah pertama dengan membina sendiri. sekiranya ia adalah rumah kedua atau ketiga, kita boleh jualkan rumah pertama sekiranya kekurangan tunai untuk mendapatkan modal
Langkah ketiga: Cari idea dan konsep
1. Setelah kita membeli tanah atau telah mengenal pasti tanah yang ingin kita beli. Mulakan dengan mencari idea-idea binaan rumah.
2. Cari di pinterest & Google untuk idea.
3.Memudahkan kita berbincang dengan arkitek.
4. Dapatkan secara asas konsep kita mahukan, jumlah bilik dan bilik air, kedudukan ruang tamu serta dapur beserta anggaran saiz.
Langkah keempat: Cari pelukis pelan atau arkitek yang kompeten
1. Cari pelukis pelan atau arkitek bagi merealisasikan konsep binaan yang kita mahukan.
2. Terdapat kes pelukis pelan hanya membuat kerja separuh jalan & hilang tanpa dikesan. Cari yang berdaftar, jika gunakan khidmat freelance, gunalah mereka yang dipercayai.
3. Tanggungjawab pelukis pelan bukan hanya sampai mendapat kelulusan sahaja tetapi dalam urusan untuk mendapatkan CCC & mengeluarkan sijil kesiapan kerja untuk dihantar kepihak bank bagi setiap progress bayaran yang ingin dibuat oleh kontraktor.
4. Sebenarnya lebih mudah jika kita dapat mencari kontraktor yang boleh menyediakan rekabentuk dan membina sekali seperti NAS Nuri Construction Sdn Bhd. Ini kerana selain boleh menyediakan rekabentuk dan binaan mengikut bajet yang telah kita tetapkan, risiko jika pelukis pelan tersebut lari juga dapat dikurangkan kerana semuanya adalah atas urusan kontraktor yang telah kita lantik.
NAS Nuri Construction mempunyai pereka bentuk sendiri dan staf bertanggungjawab / terlatih bagi membantu klien dari permulaan peringkat lakaran sehingga tamat waranti pembinaan rumah.
Langkah kelima: Cari kontraktor yang kompeten
1. Langkah seterusnya mencari kontraktorbina rumah anda.
2. Peringkat ketika melukis pelan lakaran adalah peringkat terbaik untuk kita mencari kontraktor. Jika kita mencari kontraktor setelah pelan kita telah lulus ini akan mendatangkan masalah jika pelan rumah kita itu tidak selari dengan kos yang diberi oleh kontraktor.
Jangan terpedaya jika 4 kontraktor memberi harga yang lebih kurang sama tiba-tiba ada 1 kontraktor memberi harga yang jauh lebih murah, sama ada dia telah tersalah memberi harga ataupun ada niat tersembunyi, hati-hati.
4. Jangan lagi menukar kontraktor setelah kita tetapkan untuk bekerjasama. Kita juga perlu memikirkan kos, masa dan tenaga yang telah mereka keluarkan sepanjang perbincangan dengan kita dan tiba diakhirnya ketika kerja binaan ingin dijalankan, kita melantik kontraktor lain.
Langkah keenam: Cari pembiayaan pinjaman dan peguam
1. Ketika proses kelulusan pelan kita sedang berjalan, kita sudah boleh mencari pembiayaan.
2. Pinjaman bank atau LPPSA memang memerlukan kelulusan dari pihak PBT.
3. Setelah kelulusan dari PBT kita perolehi, kita sudah boleh terus menghantar dokumen bagi memohon pinjaman serta terus menyiapkan dokumen kontrak dengan peguam.
5. Pihak bank ada panel peguam sendiri tapi lebih baik mendapat peguam yang diperkenalkan oleh rakan yang pernah berurusan dengan mereka dalam pembelian rumah ataupun tanah.
Langkah ketujuh: Kini pembinaan rumah idaman sudah bermula4. Jangan lagi menukar kontraktor setelah kita tetapkan untuk bekerjasama. Kita juga perlu memikirkan kos, masa dan tenaga yang telah mereka keluarkan sepanjang perbincangan dengan kita dan tiba diakh...See more
The Wall
Langkah keenam: Cari pembiayaan pinjaman dan peguam
1. Ketika proses kelulusan pelan kita sedang berjalan, kita sudah boleh mencari pembiayaan.
2. Pinjaman bank atau LPPSA memang memerlukan kelulusan dari pihak PBT.
3. Setelah kelulusan dari PBT kita perolehi, kita sudah boleh terus menghantar dokumen bagi memohon pinjaman serta terus menyiapkan dokumen kontrak dengan peguam.
5. Pihak bank ada panel peguam sendiri tapi lebih baik mendapat peguam yang diperkenalkan oleh rakan yang pernah berurusan dengan mereka dalam pembelian rumah ataupun tanah.
Langkah ketujuh: Kini pembinaan rumah idaman sudah bermula4. Jangan lagi menukar kontraktor setelah kita tetapkan untuk bekerjasama. Kita juga perlu memikirkan kos, masa dan tenaga yang telah mereka keluarkan sepanjang perbincangan dengan kita dan tiba diakh...See more