3DJohor.com Your Architectural Design And Consultancy

Menjalankan Aktiviti Perniagaan Di Premis Zon Perumahan | Forum

Arkidea
Arkidea Jul 11 '24
Menjalankan Aktiviti Perniagaan Di Premis Zon Perumahan:


Ia memerlukan permohonan khas untuk kelulusan daripada PBT kerana aktiviti yang dilaksanakan bercanggah dengan zon bangunan kawasan tersebut yang telah ditetapkan oleh Jabatan Percancangan Negeri.


Permohonan ini perlu dikemukakan kepada PBT oleh Perunding Professional, Pelukis Pelan Berdaftar atau Arkitek Berdaftar.


Perbincangan dan mesyuarat dalaman antara Jabatan akan menentukan kelulusan ke atas permohonan tersebut.


Ada permohonan yang lulus dan ada juga yang gagal. Ianya bergantung kepada banyak faktor seperti kesesuaian aktiviti yang dijalankan ditersebut sama ada ianya mengganggu jiran bersebelahan atau mendatangkan ketidakselesaan kepada penduduk sekitar atau menganggu laluan jalan bersebelahan.


Zoning yang ditetapkan mungkin berubah mengikut peredaran ekonomi semasa. Pegawai MBJB ada memberikan informasi bahawa mungkin akan ada perubahan akitivi zon daripada kediaman kepada aktiviti perniagaan di sebahagian kawasan dalam bandar Johor Bahru dalam masa yang terdekat ini.


Sebarang cadangan dan permohonan perlu dikemukan kepada PBT mengikut kaedah yang telah ditetapkan bermula dengan membuat permohonan kelulusan pelan di Jabatan OSC PBT masing-masing.



The Forum post is edited by Arkidea Jul 11 '24
Sponsored by: ARKIDEA PlanLulus.com (Service Area: MBJB / MBIP / MPKU / MDKT / MPP / MDSR / MDYP / MDM Johor Darul Takzim) WhatsApp: 012--7030 669