Kelulusan pelan yang pantas di MBPJApakah jenis kelulusan yang perlu dipohon? Berapa lamakah tempoh kelulusan?
1. Permit kerja kecil bangunan iaitu:-Kerja-kerja kecil tanpa mengubah struktur sediaada keatas semua jenis bangunan kediaman dan perniagaan- Menukar kemasan bumbung/lantai/pintu/tingkap (tanpa mengubah struktur asal)-Boleh dipohon oleh pemilik premis.- Hanya untuk jenis kediaman/kedai/pejabat-Tempoh kelulusan 24 jam (hari bekerja)
2. Kelulusan permit pelan setara iaitu :-Melibatkan jenis kediaman teres sahaja-Banglo/berkembar hanya dibenarkan gazebo/pagar/pondok pengawal/rumah anjing-Boleh dimohon oleh pemilik kediamanKawasan PJS, SS 7, PJU 1A perlu melampirkan salinan pelan r.c dan kiraan struktur.-Tempoh kelulusan 24 jam (hari bekerja)
3. Permit sekatan dinding:-Melibatkan ubahsuai dalaman bangunan selain kediaman-Perlu dimohon oleh perunding yang berdaftar.-Permit tahunan akan diberi semasa kelulusan dan perlu diperbaharui setiap tahun.-Tempoh kelulusan 14 hari (hari bekerja)
4. Permit sementara binaan tapak bina:-Perlu dimohon oleh perunding yang berdaftar.-Permit tahunan akan diberi semasa kelulusan dan perlu diperbaharui setiap tahun.-Melibatkan binaan papan tanda, pagar perlindungan, pejabat tapak, rumah kongsi dan binaan-binaan sementara semasa pembinaan.- Tempoh kelulusan 14 hari (hari bekerja)
5. Kelulusan Pelan Tambahan dan Ubahsuai iaitu:-Kerja-kerja yang melibatkan penambahan kepada struktur sedia ada- Sekiranya melibatkan isu-isu kebenaran merancang, perlu mendapatkan kelulusan kebenaran merancang terlebih dahulu.- Tempoh kelulusan 14 hari bekerja
6. Kelulusan Pelan Bangunan iaitu:-Binaan baru bagi semua jenis pembangunan (Perumahan, Bangunan Kediaman (Banglo), Komersial, Kilang)- Perlu dimohon oleh perunding yang berdaftar.- Tempoh Kelulusan 37 hari (hari bekerja) bergantung kepada tarikh Mesyuarat Jawatankuasa OSC.
https://www.mbpj.gov.my/.../soalan-lazim-faq-berkaitan...#mbip #mbjb #mpku #mbpg