ARKITEK DIBERIKAN KUASA UNTUK MENGELUARKAN CCC?
Ya, telah diberikan makluman dalam undang-undang yang telah disahkan bahawa Arkitek mempunyai kuasa mengeluarkan CCC setelah mejalankan tugas mengikut kerja standard yang diwajibkan. Ramai arkitek dan pelukis pelan mengeluh panjang kerana pengeluaran CCC disekat secara ketat oleh PBT yang mana seperti mereka yang lebih berkuasa dari Arkitek. Sepatutnya proses pengeluaran CCC dimudahkan dan dipercepatkan. Proses yang dikenakan oleh pihak PBT dan KPKT adalah melalui pemantauan sistem OSC 3.0 Plus tetapi terdapat tambahan-tambahan yang tidak wajar dibuat oleh pihak PBT. Pihak PBT juga menggunakan kuasa mereka dengan kaedah dan borang-borang yang sentiasa ditokok tambah dan menyusahkan.
Pihak PBT sepatutnya menggunakan borang dan sistem yang selaras dan standard. Ini akan memudahkan urusan bagi membantu para pengguna.
Sistem PBT dan KPKT dalam proses kelulusan pelan bangunan dan pengeluaran CCC perlu diberikan perhatian yang serius kerana ia kini lebih menjadi barah dan Industri Pembinaan Negeri dan Negara.
Aduan orang ramai terutama daripada sektor professional perlu diberikan perhatian. Semua pekerja sektor awam perlu kerja dengan lebih ikhlas dalam memberikan perkhidmatan yang tebaik disamping menjaga peribadi dan institusi majikan.
#AduanRakyat

