3DJohor.com Your Architectural Design And Consultancy

Saman Parkir Kereta Hadapan Rumah Sendiri | Forum

PelukisPelan
PelukisPelan Nov 4 '23

Masalah ini memerlukan penyelesaian yang holistik. Kena tahu dulu punca ia berlaku. Biasanya pembeli rumah ni bermula dgn keluarga yg kecil. Satu kereta atau satu van sudah memadai utk parking dalam kawasan rumah sendiri. Apabila suami atau isteri sama2 bekerja dan ditempat berasingan pula, sudah tentu akan ada pertambahan tempat parking kenderaan dan kawasan depan rumah akan jadi sasaran oleh owner atau penyewa. 

Padahal kawasan tersebut tidak masuk dlm geran rumah pun. Masa berlalu, ahli2 keluarga yg lain tumbuh membesar dan mula bekerja serta memiliki kenderaan sendiri. Pada ketika itu, masalah tempat parking kenderaan menjadi semakin serius. Tempat parking kenderaan yg sekangkang kera je dah jadi rebutan ramai. Itu yg jadi mcm-mcm hal.Saman tak selesai masalah. Dah sampai masanya PBT kena sediakan kawasan tempat parking khas utk kenderaan2 yg berlebihan bagi tiap2 keluarga di semua kawasan perumahan. Kawasan tanah terbiar di kawasan berhampiran boleh dimajukan utk tujuan itu.

Bayaran bulanan munasabah perlu dikenakan utk menampung kos operasi dan senggaraan. PBT perlu lebih inovatif dan berfikir di luar kotak utk cari penyelesaian isu2 semasa. Bukan hanya tahu nak saman je.

-Share from Netizen

The Forum post is edited by PelukisPelan Nov 4 '23
Share:
Sponsored by: ARKIDEA PlanLulus.com (Service Area: MBJB / MBIP / MPKU / MDKT / MPP / MDSR / MDYP / MDM Johor Darul Takzim) WhatsApp: 012--7030 669